Sunday, August 16, 2009

KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT KEBANGSAAN 2009

Tarikh : 10 Ogos 2009 - 13 Ogos 2009
Tempat : Institut Perguruan Perlis, Perlis
Penginapan : Hotel Putra Brasmana, Kuala Perlis

Pelajar-pelajar SM Sains Raja Tun Azlan Shah, telah mewakili Perak dalam Pertandingan Inovasi Sains Dan Rekacipta Kejuruteraan Peringkat Kebangsaan. Terpilih antara 15 projek inovasi yang di tapis oleh Malaysian Intel-ISEF, Scientific Research Corporation. Dalam Karnival ini dipertandingkan beberapa acara lain seperti:

1. Pertandingan Bercerita Kanak-kanak
2. Pertandingan Amali Sains (Sekolah Rendah)
3. Pertandingan Amali Sains (Sekolah Menengah)
4. Pertandingan Rekacipta Dapur Solar
5. Pertandingan Rekacipta Kereta Solar
6. Pertandingan Rekacipta Bot Solar - Projek Rintis
7. Pertandingan Eureka
8. Pertandingan Teknologi Aeroangkasa - Roket/Paracute
9. Pertandingan Inovasi Sains dan Rekacipta Kejuruteraan


Projek "Ionic Liquid As Green Solvent" di persembahkan oleh Nur Syafiqah Bt Abu Safian, Nor Ezza Ezaty Bt Ramli dan Norbalqis Husna Bt Mohd Khairullah. Projek ini adalah hasil kajian selidik bersama Universiti Putra Malaysia,UPM Serdang dan asalnya dikaji oleh Dang As-Shayuty Bt Abdul Halim, Afiah Nasuha Bt Aznan dan Nur Syafiqah Bt Abu Safian. Projek ini telah dipersembahkan di beberapa pertandingan, seperti Karnival Showcase Inovasi Sains dan Rekacipta Kejuruteraan Peringkat SBP 2009, di Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan dan dipertandingkan di Peringkat Daerah Larut Matang dan Selama dalam Pertandingan Inovasi Sains di Sekolah Menengah Taman Tasik, Taiping dan mendapat tempat kedua.


Keputusan Pertandingan Inovasi Sains dan Inovasi
Kategori Kumpulan
Pertama : N.Sembilan
Kedua : Sarawak
Ketiga : Johor
   
Katogeri Individu
 Pertama : Kedah
Kedua : Selangor
Ketiga : Kelantan

No comments: