Saturday, November 21, 2009

Program Selepas PMR : Rekacipta Model Jambatan

Program Selepas PMR 2009 SM Sains Raja Tun Azlan Shah bermula pada 20 Oktober 2009 dan berakhir pada 19 November 2009. Program selama sebulan ini telah di isi dengan pelbagai jenis program anjuran panitia dan kerjasama jabatan luar untuk mengisi minggu akhir persekolahan pelajar tingkatan 3.

Antaranya program Rekacipta Anjuran Kelab Rekacipta. Guru Penyelia Program ini adalah En. Khairuddin Bin Razali, En. Mohd Saharizal Bin Mohd Baharuddin, En. Manogaran dan guru yang terlibat secara tidak langsung.

Pelajar telah dibekalkan dengan bahan-bahan asas pembinaan model seperti kayu dan benang untuk membina Model Jambatan. Bahan yang dibekalkan adalah 3 unit kayu dengan panjang 2 meter dan benang bulu kambing 2 gulung.

PERNYATAAN MASALAH:
Pelajar dikehendaki membina Model Jambatan yang berukuran 120cm panjang, 10cm lebar dan 30 cm tinggi.



No comments:

Post a Comment